News 15 Jan 2026 2 min read

REINO.MY Rasmi Dilancarkan Bermula 20 Januari 2026

REINO.MY Rasmi Dilancarkan Bermula 20 Januari 2026

Kilang Percetakan di Alor Setar, Kedah — Support Seluruh Malaysia

Alor Setar, Kedah — 20 Januari 2026Reino Creative Group Sdn. Bhd. dengan rasminya melancarkan platform digital baharu, REINO.MY, sebuah sistem website yang dibangunkan untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan percetakan dengan lebih cepat, teratur dan telus.

Sebagai Kilang Percetakan yang beroperasi di Alor Setar, Kedah (Utara Malaysia), Reino kini membawa pengalaman tempahan ke tahap seterusnya melalui pendekatan digital yang lebih moden dan mesra pengguna. Antara ciri utama yang diperkenalkan ialah Track Order Realtime, yang membolehkan pelanggan menyemak status tempahan secara terus melalui website tanpa perlu menghubungi customer service.

Lebih daripada itu, REINO.MY turut memperkenalkan satu inisiatif yang membezakan Reino dalam industri — Preview QC secara Realtime. Melalui ciri ini, pelanggan dapat melihat perkembangan semakan kualiti (QC) mengikut status yang dikemaskini, menjadikan proses percetakan custom lebih jelas, tersusun dan meyakinkan. Dengan penambahbaikan ini, Reino komited untuk menjadi antara kilang terawal (dan perintis) yang membawa pengalaman QC lebih transparent kepada pelanggan.

Pelancaran REINO.MY juga menandakan komitmen Reino untuk menyokong tempahan dari seluruh Malaysia, khususnya bagi produk percetakan custom yang memerlukan ketepatan maklumat, konsistensi hasil dan pengurusan order yang sistematik.

Antara fokus utama REINO.MY:

  • Track Order Realtime terus dari website

  • Preview QC Realtime untuk pemantauan status semakan kualiti dengan lebih telus

  • Proses tempahan lebih kemas & tersusun

  • Update status lebih jelas & mudah diakses

  • Direka untuk bantu pelanggan buat keputusan dan buat order dengan lebih yakin

Reino percaya platform ini akan mempercepatkan proses tempahan, mengurangkan kekeliruan, serta meningkatkan pengalaman pelanggan — terutamanya ketika musim permintaan tinggi.

REINO.MY akan  mula beroperasi rasmi pada: 20 Januari 2026
Terima kasih atas sokongan semua pelanggan, agent dan rakan niaga yang sentiasa bersama Reino.